Apakah promosi ini?
Mulai 1 Julai 2019, para ahli Generasi Merdeka dapat menikmati diskaun 3% di cawangan FairPrice* seluruh Singapura pada setiap Rabu. Diskaun bagi Generasi Perintis juga akan dilanjutkan selama setahun dan ditukarkan kepada setiap Isnin dan Rabu. Diskaun-diskaun tersebut sah digunakan untuk pembelian sehingga $200 untuk setiap pelanggan setiap hari. Pemegang kad harus hadir untuk pengesahan dan boleh diminta untuk menunjukkan pengenalan.
*Cawangan-cawangan FairPrice termasuk Unity, FairPrice Finest, FairPrice Xtra dan tidak termasuk FairPrice online.
Hari
Inisiatif
Manfaat
Pengesahan yang diperlukan
Isnin
Skim Diskaun Perintis
Diskaun 3%
Pemegang kad Generasi Perintis harus hadir untuk menunjukkan kad Generasi Perintis.
Selasa
Skim Diskaun Warga Emas
Diskaun 2%
Pembeli warga emas berumur 60 tahun ke atas harus hadir untuk menunjukkan NRIC.
Rabu
Skim Diskaun Perintis & Merdeka
Diskaun 3%
Pemegang kad Generasi Perintis & Merdeka harus hadir untuk menunjukkan kad Generasi Perintis atau Merdeka.
Siapa yang layak untuk menerima diskaun?
Sesiapa yang menunjukkan kad-kad yang tertera di atas pada tarikh yang dinyatakan dapat menikmati diskaun, sah untuk pembelian sehingga $200 untuk setiap pelanggan setiap hari. Pekerja kami boleh meminta bukti pengenalan untuk pengesahan.
Jika saya belum menerima kad Generasi Merdeka saya, bolehkah saya menggunakan NRIC/kad Konsesi PAssion Silver sebagai pengesahan untuk diskaun pada setiap Rabu?
Kami mohon maaf, untuk pengendalian yang konsisten, pekerja kami hanya dapat memberi diskaun apabila para pelanggan menunjukkan kad Generasi Merdeka mereka.
Saya adalah pemegang kad Generasi Merdeka/Perintis, tetapi saya terlupa untuk membawa kad saya. Bolehkah saya menunjukkan NRIC saya untuk mendapatkan diskaun?
Kami mohon maaf, untuk pengendalian yang konsisten, pekerja kami hanya dapat memberi diskaun apabila para pelanggan menunjukkan kad Generasi Merdeka mereka.
Mengapakah diskaun Generasi Merdeka tidak dapat digunakan untuk pembelian online di FairPrice?
Oleh kerana pengesahan untuk kelayakan memerlukan pemeriksaan dan verifikasi NRIC ahli Generasi Merdeka/Perintis/Warga Emas tersebut, diskaun bagi wadah online tidak dapat digunakan.
Bolehkah saya menggunakan kad PAssion Silver untuk membuat pembayaran di FairPrice?
Ya, pembayaran menggunakan kad PAssion Silver akan bermula 1 Julai 2019 di semua cawangan FairPrice dan Unity Bayaran menerusi EZ-Link boleh diterima di kedua-dua kaunter pembayaran dan kaunter layan diri.